Ciri “Clear History” Pada Facebook Dijangka Hanya Akan Hadir Pada 2019

Ciri “Clear History” Pada Facebook Dijangka Hanya Akan Hadir Pada 2019

Diterbitkan pada Dis 18, 2018 oleh .

Facebook pada bulan Mei 2018 lepas telah mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan ciri “Clear History” yang membolehkan anda memadam sejarah data pelayaran pada laman sosial Facebook. Melaluinya, pengguna boleh memadam maklumat seperti pautan yang pernah anda klik di Facebook, laman yang pernah anda layari dan sebagainya – secara kasar seumpama penawaran pada pelayar web yang membolehkan anda memadam pelbagai data sementara.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, ciri berkenaan masih belum diperkenalkan. Menyentuh mengenainya, pihak Facebook mengatakan mereka menyasarkan untuk menguji ciri berkenaan pada 2019 kelak. Facebook mengatakan implementasi ciri ini dilihat sedikit mencabar berbanding apa yang dijangka pada awalnya.

Ciri ini pada awalnya diumumkan lanjutan daripada skandal data Facebook pada awal tahun ini. Nampaknya, kita mungkin perlu nantikan untuk seketika lagi sebelum dapat menggunakan ciri ini untuk membuang sejarah pelayaran yang dipantau oleh Facebook.



TIPS & ULASAN