Pada minggu lalu, kami telah melaporkan bahawa GIGABYTE sedang bersedia untuk melancarkan kad grafik terbaru dari NVIDIA, iaitu NVIDIA GeForce RTX 2060.
Pada mulanya kami berasa syak mengenai penggunaan nama RTX kerana ia bermakna bahawa terdapat kemungkinan bahawa kad grafik tersebut akan hadir dengan teras RT yang digunakan untuk Ray Tracing.
Melalui akaun Twitter Andreas Schilling, nampaknya logo rasmi untuk model kad grafik 2060 tersebut telahpun tertiris, dan nampaknya nama RTX 2060 adalah benar.
#GeForceRTX2060 for desktop is real! (For those who still had doubts) Marketing material for the smallest #Turing expansion is arriving at the manufacturers marketing divisions. Beside 6 GB of #GDDR6 I can not confirm any tech specs. Stay tuned for the second week of January! pic.twitter.com/xaorlA6JLd
— Andreas Schilling (@aschilling) December 16, 2018
Ini adalah sangat menarik sekali kerana selama ini, ramai yang berpendapat bahawa kad grafik RTX 2060 ini tidak akan hadir dengan sebarang teras RT.
Buat masa ini, tiada butiran mengenai kad grafik ini yang diketahui selain daripada bahawa ia akan hadir dengan memori GDDR6 sebanyak 6GB. Dalam pada itu, terdapat juga kebarangkalian besar bahawa ia akan diumumkan di NVIDIA di acara CES 2019 tidak lama lagi.