Cari @ Amanz

Peminat-peminat Star Wars terutamanya mungkin ingin membeli permainan-permainan BB-8 Dan R2-D2 yang dibuat oleh Sphero, kerana syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah berhenti membuat permainan-permainan tersebut, dan akan mengakhirkan kerjasama mereka dengan Disney.

Permainan-permainan Sphero seperti BB-8 dan R2-D2 cukup popular bukan sahaja kerana kualiti binaan yang cantik, tetapi juga ia hadir dengan sokongan perisian yang membuatkannya berfungsi dengan cukup baik sekali.

Malahan, Sphero turut membuat permainan Lightning McQueen dari Cars yang boleh dikatakan hampir serupa seperti ia keluar terus dari wayang animasi tersebut. Sphero dikatakan telah bekerjasama dengan Pixar untuk membina mainan tersebut, dan telah memberi penekanan dari sudut kualiti binaan dan ekspresi muka pada permainan tersebut.

Sayangnya, CEO Sphero, Paul Berberian baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan semua produksi permainan tajuk berlesen ini kerana walaupun ia sangat laku dijual apabila tajuk wayang tersebut baru keluar, lama kelamaan permainan-permainan tersebut menjadi semakin tidak laku.

Paul Berberian berkata lagi bahawa selepas ini, Sphero akan memfokuskan kepada pembangunan permainan yang boleh digunakan di sekolah, termasuklah seperti sebuah robot yang boleh diprogramkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd