Cari @ Amanz

Tahun ini telefon pintar pertama dengan empat kamera utama dilancarkan oleh Samsung dengan Galaxy A9. Tahun hadapan ia besar kemungkinan akan ditemui pula pada peranti mercu pesaing mereka Huawei. Rekaan kerangka OIixar untuk Huawei P30 dan P30 Pro telah tertiris dan menunjukkan penggunaan sistem catur-kamera pada bahagian belakang. Beberapa rekaan kerangka Olixar sebelum ini ternyata benar maka kesahihan rekaan di bawah adalah agak tinggi.

Keempat-empat kamera disusun menegak pada bahagian belakang peranti. Sistem lampu flash yang lebih besar berbanding yang ditemui pada P20 juga kelihatan. Hanya P30 Pro akan dilengkapi empat kamera pada bahagian belakang dengan P30 menggunakan sistem tri-kamera.

Pada waktu yang sama kedua-dua peranti nampaknya menggunakan skrin dengan saiz takuk kecil. Penggunaan skrin takuk ini agak aneh memandangkan Huawei telah menggunakan sistem skrin berlubang pada Nova 4 dan takuk besar untuk imbasan wajah 3D pada Mate 20 Pro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd