Google Assistant Kini Boleh Meramal Jika Penerbangan Pengguna Tertangguh

Google Assistant Kini Boleh Meramal Jika Penerbangan Pengguna Tertangguh

Diterbitkan pada Dis 18, 2018 oleh .

Google Assistant adalah pembantu maya daripada Google. Bagi mereka yang menggunakannya ia ibarat anda mempunyai pembantu persendirian seperti Batman yang mempunyai Alfred. Google Assistant mampu melakukan pelbagai perkara menarik, seperti penggera dengan Routines, peringatan, dan banyak lagi.

Bercakap mengenai peringatan, jika pengguna mempunyai butiran sesuatu penerbangan melalui emel – Google Assistant boleh kesan akan butiran penerbangan tersebut dan akan dijadikan secara peringatan secara automatik. Terkini, Google Assistant boleh ramal jika sesuatu penerbangan itu akan tertangguh atau tidak. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu seru Google dengan “Hey Google, what’s the status of my flight?”, atau “What’s the status of flight <Nombor Kapal Terbang>”.

Fungsi baru Google Assistant ini baru sahaja diumumkan Google bersama-sama dengan peringatan, jika pengguna yang sedang bercuti keluar negara boleh buka tab Explore pada Google Assistant untuk terokai apa yang menarik di negara atau kawasan yang pengguna sedang bercuti.


TIPS & ULASAN