Apple Mempatenkan Kedua-Dua Face ID Dan Touch ID Terbina Dalam iPhone

Apple Mempatenkan Kedua-Dua Face ID Dan Touch ID Terbina Dalam iPhone

Diterbitkan pada Dis 18, 2018 oleh .

Touch ID adalah sistem pengimbas cap jari Apple. Ia mula diperkenalkan pada iPhone 5S dan iPhone 8/8 plus adalah yang terakhir yang menggunakannya. Teknologi ini boleh dikira lapuk bagi Apple kerana teknologi Face ID mereka lebih maju dan selamat ke hadapan. Face ID mula digunakan pada iPhone X tahun lepas dan diteruskan pada iPhone XR, XS dan XS Max tanpa sebarang petanda kemunculan Touch ID.

Kini, Apple dilihat akan ‘meniru‘ peranti Android lagi dengan mempatenkan teknologi Face ID dan Touch ID kedua-duanya hadir dalam sebuah iPhone. Tujuan Apple mempatenkan kedua-dua sistem keselamatan ini dalam satu iPhone adalah sebagai piihan nyahkunci/keselamatan kedua. Jadi, jika Face ID tidak dapat mengesan wajah pengguna – Touch ID boleh digunakan dan jika Touch ID tidak mengesan cap jari pengguna, kata laluan adalah pilihan akhir. Fungsi pelbagai jenis nyahkunci dalam satu telefon pintar sudah dimulakan oleh peranti Android lagi. Contoh adalah Huawei Mate 20 Pro atau OnePlus 6T yang mempunyai imbasan wajah dan juga pengimbas cap jari dalam skrin.

Bercakap mengenai pengimbas cap jari dalam skrin, disebabkan Apple telah ‘matikan’ Touch ID – ada kebarangkalian Touch ID baru ini adalah jenis sensor dalam skrin. Kemudian, mengikut fail yang dipatenkan oleh Apple – Apple Watch juga mungkin kelak akan mempunyai Face ID terbina.

Disebabkan, pengimbas cap jari dalam skrin boleh dikatakan masih perlahan dan kerap tidak tidak berfungsi – Apple mungkin akan hadir dengan iPhone yang mempunyai sokongan ini dalam beberapa tahun lagi. Jika Apple berjaya, mungkin kita boleh lihat keajaiban iPhone baru tahun hadapan dengan teknologi yang dipatenkan ini?


TIPS & ULASAN