Pada tahun 2014 ini, Garrett Wilhelm menggunakan panggilan Facetime ketika memandu sehingga dan mengikatkan kematian penumpang. Waris penumpang yang meninggal dunia kemudian memfailkan saman ke atas Apple hampir dua tahun yang lalu kerana merasakan syarikat tersebut bersalah kerana tidak mengaktifkan sistem yang menghalang Facetime digunakan ketika memandu yang telah dipatenkan sejak 2008.
Mahkamah pada awalnya menolak kes saman ini pada bulan Mei yang lalu namun ahli keluarga mengemukakan rayuan. Semalam mahkamah rayuan sekali lagi menolak kes ini dari diteruskan kerana mendapati Apple tidak bersalah mengakibatkan kemalangan maut tersebut. Syarikat teknologi menurut mahkamah lagi tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kesalahan individu yang menyalahgunakan peranti mereka.
Sekiranya anda menggunakan sekurang-kurangnya sistem operasi iOS 11, anda disarankan mengaktifkan fungsi Do Not Disturb While Driving. Aplikasi boleh mengesan anda sedang memandu dan menghalang Facetime dari digunakan. Janganlah memandu ketika mabuk dan janganlah juga memandu sambil memegang peranti.