Cari @ Amanz

YouTube Menambah Sokongan Main Semula Pada Kelajuan 1.75x

Link Copied!

Di YouTube, terdapat satu pilihan main semula video pada beberapa tahap kelajuan. Terdapat tujuh pilihan iaitu tiga gerak perlahan pada tahap kelajuan 0.75, 0.5 dan 0.25, kelajuan biasa, tiga gerak pantas pada tahap kelajuan 1.25, 1.5 dan 2.0. Terkini, pada YouTube terdapat satu pilihan tambahan baru untuk gerak pantas – iaitu kelajuan pada tahap 1.75.

Tetapi buat masa ini, kelajuan 1.75 ini hanya ada untuk YouTube versi web dan belum lagi hadir pada aplikasi, baik iOS atau Android. Bagi yang ingin mencuba, boleh pergi ke YouTube, pilih satu video, mainkan dan pilih tahap kelajuan dengan tekan ikon gear > speed > tahap kelajuan.

Tidak pasti jika anda gunakannya atau tidak. Jika saya, saya lebih gemar gunakan gerap perlahan 0.25 untuk tonton video silap mata untuk lihat gerak-geri tangan ahli silap mata tersebut.


Komen ()