Cari @ Amanz

Marshall adalah satu jenama yang cukup terkenal dengan produk-produk audio mereka. Baik dari pembesar suara atau set fon kepala. Marshall adalah satu jenama yang premium dan harga produk-produknya agak mahal. Terkini, Marshall mengikut trend produk peranti berhubung dengan melancarkan dua pembesar suara pintar Google Assistant.

Dua pembesar suara ini adalah Acton II dan Stanmore II. Tetapi, ia bukanlah satu produk yang baru. Beberapa bulan yang lalu, mereka sudah pun hadir dengan dua pembesar suara yang sama – cuma ia adalah pembesar suara pintar Alexa. Menarik dengan pembesar suara pintar Marshall Acton II dan Stanmore II ini adalah dari segi rekaannya yang sangat unik. Ia menggunakan rekaan retro dengan campuran rekaan moden serta nampak premium.

Harga untuk Marshall Acton II adalah $299.99 iaitu sekitar RM1254. Manakala, Marshall Stanmore II pula adalah $399.99 iaitu sekitar RM1672 sahaja. Jika anda berminat, tangguh dahulu harapan itu kerana dua pembesar suara pintar Marshall Google Assistant ini tidak boleh dihantar ke Malaysia – hanya Acton II biasa sahaja yang boleh dihantar ke Malaysia buat masa ini.

Sumber: Marshall Acton II, Marshall Stanmore II

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd