Carian
Google Hadir Dengan Permainan ‘Game of the Year’ – Soalan Kuiz Carian Apa Paling Tular Tahun 2018?
December 18, 2018 • Fahim Zahar

Penghujung tahun 2018 sudah tiba, hanya beberapa minggu lagi sahaja kita akan temui tahun baru. Banyak perkara yang berlaku tahu ini. Pelbagai teknologi baru diperkenalkan dan banyak perkara tular yang berlaku. YouTube Rewind 2018 memperlihatkan trend 2018, tetapi videonya tidak disukai. Jika YouTube Rewind 2018 tidak digemari ramai, permainan web ini mungkin – Game of the Year.

Game of the Year adalah permainan web daripada Google. Ia adalah soalan-soalan kuiz mengenai carian apa yang paling tular di Google tahun 2018. Pemain akan diberi tiga nyawa, habis nyawa anda dikira mti dan akan menerima skor untuk dikongsikan. Jika anda berjaya menjawab beberapa soalan serentak, anda akan sertai pusingan bonus untuk tatal kiri atau kanan (seakan Tinder) untuk pilih perkara apa yang tular dan kurang tular.

Nyawa turut akan ditambah apabila satu skor itu dicapai. Kemudian, pusingan bonus turut akan menjana skor tambahan yang akan membantu untuk memberi nyawa tambahan.

Menarik dengan permainan web ini adalah hos permainan ini. Ia menggunakan suara seakan Google Assistant iaitu daripada teknologi WaveNet DeepMind untuk jadikan suara digital seakan realistik. Jika anda ingin cuba main, boleh layari melalui pautan di bawah.

  • Main ‘Game of the Year’ Oleh Google Di Sini
Komen