Cari @ Amanz

Berita menarik bagi pengguna tiga peranti mercu Huawei pagi ini. Huawei P20 Pro. P20 dan Mate 10 mula menerima kemas kini Android Pie semalam. Ini adalah kemas kini Android Pie peranti versi global yang amat dinantikan selepas ia diterima peranti China pada awal bulan ini.

Buat masa ini pengguna di Eropah yang paling awal menerimanya. Seperti biasa Huawei memberikan kemas kini secara berperingkat dan secara kebiasaannya pengguna di Malaysia akan menerimanya dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Menerusi Android Pie, peranti akan berubah ke antaramuka EMUI 9 yang membawakan beberapa fungsi baharu seperti penjejak kesihatan digital.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd