Cari @ Amanz

LG Melancarkan Dua Monitor Melengkung Ultra Lebar Dengan Nisbah 32:9

Link Copied!

Sebuah monitor ultra lebar membolehkan ia berfungsi seperti dua buah monitor tetapi dengan hanya menggunakan satu tapak. Tahun ini kami ada mengulas LG Ultrawide dengan rekaan ultra lebar yang menarik. LG telah mengumumkan dua monitor melengkung ultra lebar terkini mereka dengan saiz 49″ dan 38″,

Monitor LG Ultrawide 49WL95C hadir dengan skrin 49″ beresolusi Dual QHD (5120 x 1440 pixel) bernisbah 32:9, Ia turut hadir dengan satu input USB-C, 2 HDMI dan satu DP. Sepasang speaker 10W terbina turut disertakan.

Monitor LG Ultrawide 38GL950G pula hadir dengan resolusi skrin 38″ WQHD (3840 x 1600 pixel) bernisbah 21:9. Ia hanya menyokong satu input HDMI dan satu DP tanpa sokongan pembesar suara. Namun begitu ia mempunyai kadar segar semula 144 Hz dengan sokongan NVIDIA G-SYNC. Harga jualan masih belum diumumkan dan maklumat lebih lanjut hanya akan dikongsi ketika acara CES Januari hadapan.


Komen ()