Cari @ Amanz

Lenovo Z5s Dilancarkan – Hadir Dengan Snapdragon 710 Dan Tri-Kamera

Link Copied!

Lenovo Z5 Pro GT yang dilancarkan semalam menjadi telefon pintar pertama di dunia dengan memori sebesar 12GB RAM dan pemproses Snapdragon 855. Peranti mercu ini bukan satu-satunya peranti yang dilancarkan oleh Lenovo semalam. Turut dilancarkan ialah Lenovo Z5s yang merupakan peranti kelas pertengahan dengan sistem tri-kamera.

Lenovo Z5s  dilengkapi skrin 6.3″ FHD+, dijana cip Snapdragon 710, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Kamera utama 16+8+5 Megapixel dipadankan dengan kamera swafoto sebesar 16-Megapixel. Kamera utama ini menggabungkan lensa sudut lebar dan zoom optikal 2X. Terdapat sokongan sistem nyahkunci imbasan wajah.

Bateri yang digunakan pula sebesar 3300 mAh dengan pengecasan pantas 15W. Sedikit mengecewakan ialah ia masih lagi menggunakan Android Oreo dengan pelancar ZUI 10. Di China peranti ini dijual pada harga bermula dari RMB 1,398 (~RM 850) dalam warna Starry Gray, Titanium Crystal Blue dan Honey Love Orange.


Komen ()