Papan Kekunci Gboard Kini Menyokong 500 Bahasa Dan 40 Sistem Penulisan Berbeza

Papan Kekunci Gboard Kini Menyokong 500 Bahasa Dan 40 Sistem Penulisan Berbeza

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Gboard ialah aplikasi papan kekunci yang dibangunkan oleh Google dua tahun yang lalu untuk peranti-peranti pintar Android dan juga iOS. Pada mulanya, Gboard menyokong 100 bahasa sahaja, tetapi dalam dua tahun ia telah diperkenalkan, ia kini mampu membantu pengguna menulis dalam 500 jenis bahasa dan menggunakan 40 sistem penulisan yang berlainan.

Ini adalah cukup menarik kerana dalam 2 tahun sahaja, Gboard hadir dengan sokongan untuk bahasa-bahasa yang bukan sahaja menggunakan abjad-abjad roman ataupun teks Cina/Jepun, tetapi juga Cyrillic dan Devanagari yang hanya digunakan di beberapa rantau sahaja.

Kebolehan Gboard untuk mempercepatkan proses pemahaman dan penggunaan bahasa ini hadir melalui teknologi kecerdasan buatan mereka yang direka untuk mempelajari bahasa dan cara penulisan daripada penutur asli yang akan menguji dan memperbetulkan cara penggunaan bahasa oleh AI tersebut.

Dalam pada itu, Google juga bekerjasama dengan penutur-penutur ini untuk mereka papan kekunci yang membolehkan pengguna menaip dengan mudah, dan ini, apabila digabungkan dengan AI yang mempunyai kebolehan meramal perkataan yang sentiasa diperbaiki membuatkan Gboard salah satu daripada papan kekunci yang paling baik sekali boleh digunakan.


TIPS & ULASAN