Cari @ Amanz

Google Street View membolehkan anda melihat dunia sebenar dengan pilihan pemandangan 360 darjah menerusi skrin peranti. Pada awalnya kereta digunakan untuk proses pemetaan jalan. Kemudian Google mula menggunakan kamera Trekker yang disandang oleh pemakai untuk pemetaan jalan yang tidak boleh diakses oleh kereta.

Google telah memperlihatkan rekaan baharu untuk Trekker yang dilengkapi kamera beresolusi lebih tinggi, lebih kecil dan paling penting sekali lebih ringan. Pihak Google tidak memberikan spesifikasi lengkap Trekker baharu ini cuma ia lebih ringan berbanding rekaan lama seberat 18 kilogram.

Menarik sekali mengenai Trekker ialah ia boleh dipinjam oleh individu atau organisasi yang berminat. Borang pinjaman boleh diakses menerusi pautan di bawah. Sekiranya anda meminjam Trekker, kemanakah anda ingin membawanya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd