Cari @ Amanz

Untuk seorang pembangun perisian, ataupun seorang pakar IT yang sedang menguji perisian baru, mereka biasanya akan membuka sebuah ruang yang dinamakan mesin maya, ataupun virtual machine untuk memastikan bahawa perisian yang digunakan di dalam ruangan tersebut tidak mengganggu sistem yang lain di dalam komputer tersebut.

Beberapa perisian mesin maya yang biasanya digunakan adalah seperti Red Hat ataupun Oracle, tetapi bagi mereka yang menggunakan sistem operasi Windows 10, Microsoft baru sahaja memperkenalkan ciri baru yang dinamakan Windows Sandbox, iaitu ciri mesin maya yang terbina di dalam sistem operasi tersebut.

Dengan Windows Sandbox, anda boleh memasang apa sahaja perisian yang kurang selamat untuk diuji, dan semua butiran dan data yang terkandung di dalam mesin maya tersebut akan dipadamkan tanpa meninggalkan apa-apa kesan.

Akan tetapi, ciri ini tidak hadir pada semua versi Windows. Jika anda mahu menggunakan ciri ini, anda perlu mnggunakan sistem operasi Microsoft Windows 10 Pro ataupun Microsoft Windows 10 Enterprise Build 18301.

Dalam pada itu, komputer anda juga perlu menuruti spesifikasi komponen yang diperlukan sebelum anda boleh menggunakan Windows Sandbox. Ia termasuklah:

  • CPU menggunakan arkitektur AMD64
  • CPU dengan sekurang-kurangnya 2 teras (4 teras disyorkan)
  • Memori DDR4 sebanyak 4GB (8GB disyorkan)
  • Storan sekurang-kurangnya 1GB (SSD disyorkan)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd