Carian
Chrome Bakal Memerangi Laman Yang Menghalang Pengguna Menekan Butang Back
December 19, 2018 Effi Saharudin

Terdapat pelbagai teknik pengiklanan yang digunakan untuk memintas sistem penghalang iklan yang semakin popular di kalangan pengguna. Antara teknik keji yang digunakan ialah membuka iklan penuh yang kemudiannya menghalang pengguna dari berpatah balik dengan menyahaktifkan butang back. Bagi pengguna Chrome, masalah ini mungkin akan diselesaikan dalam versi terkini pelayar web ini kelak.

Menerusi dokumen terkini Chromium Gerrit, kod terbaru akan mengesan laman-laman yang melakukan teknik pengiklanan ini. Ia kemudian akan dihantar ke pangkalan data Google untuk dianalisa. Selepas ini Chrome boleh mengesan manipulasi sejarah pelayar web yang telah dilakukan laman dan membolehkan pengguna menekan butang back tanpa halangan seperti sebelumnya.

Masih belum diketahui pada versi Chrome manakah ia akan akhirnya diaktifkan tetapi mengetahui Google mempunyai perancangan memeranginya adalah berita yang baik. Ini antara fungsi yang telah lama kami mahukan kerana ia benar-benar menjengkelkan.

Komen