LineageOS adalah pengganti kepada CyanogenMod yang terkenal pada satu masa dahulu. Ia adalah satu custom ROM yang berasaskan AOSP, tetapi mempunyai banyak ciri pengubahsuaian sistem, tema dan banyak lagi. Walaupun LineageOS telah tamatkan sokongan untuk 30 peranti, ia masih lagi mempunyai ramai pengguna dan masih banyak lagi peranti lain yang disokong.
Hari ini, LineageOS mengicau di Twitter – di mana sebanyak 1.8 Juta peranti Android kini menjalankan custom ROM ini. 800,000 peranti dari 1.8 Juta tadi adalah peranti yang disokong oleh LineageOS secara rasmi. Kemudian, jumlah muat turun custom ROM ini mencapai 1.2 juta muat turun pada bulan November iaitu lebih kurang 500TB data dimuat turun.
https://twitter.com/LineageAndroid/status/1074407384959700992
Adakah anda salah seorang daripada pengguna custom ROM LineageOS? Jika ya, adakah anda gunakan pada peranti lama yang sudah lapuk atau peranti baru?