LinkedIn Bakal Membuka Pejabat Di Malaysia Pada Awal 2019 – Mempunyai 4 Juta Pengguna Tempatan

LinkedIn Bakal Membuka Pejabat Di Malaysia Pada Awal 2019 – Mempunyai 4 Juta Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

LinkedIn, salah satu laman sosial popular yang sering dilabelkan sebagai laman sosial “profesional”, dan digunakan ramai untuk mencari kerja, kini mengumumkan yang mana mereka akan membuka pejabat di Malaysia pada suku pertama 2019 kelak.

Menurut LinkedIn, mereka mempunyai 4 juta pengguna di Malaysia, dan dengan membuka pejabat tempatan, ia dijangka akan memudahkan mereka dalam terus memperluaskan perniagaan mereka bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Asia Pasifik.

LinkedIn juga turut mengatakan mereka menyasarkan untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka dikalangan pelanggan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia.

Mungkin dengan pembukaan pejabat ini, kita akan mendengar lanjut mengenai pelbagai penawaran baru untuk pasaran tempatan daripada LinkedIn pada 2019 kelak.


TIPS & ULASAN