Huawei Malaysia Sahkan Bakal Membawa Masuk Mate 20 Pro 8GB RAM + 256GB Storan

Huawei Malaysia Sahkan Bakal Membawa Masuk Mate 20 Pro 8GB RAM + 256GB Storan

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Huawei Malaysia kini mengesahkan yang mana mereka akan membawa masuk Mate 20 Pro dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Buat masa ini, harga jualannya dan tarikh ia akan mula dijual masih tidak diketahui lagi.

Huawei Mate 20 Pro merupakan telefon pintar dengan penawaran spesifikasi tinggi daripada Huawei – hadir dengan tri-kamera belakang, integrasi pengimbas cap jari pada skrin, serta sokongan pengecasan nirwayar berbalik padanya.

Bagi anda yang berhasrat untuk membeli Huawei Mate 20 Pro pada penghujung tahun ini, mungkin boleh nantikan seminggu dua lagi untuk melihat penawaran Huawei ini sebelum membuat keputusan untuk membeli variasi yang mana satu.


TIPS & ULASAN