Kemaskini October Update Untuk Sistem Operasi Microsoft Windows 10 Kini Boleh Dimuat-turun Secara Manual

Kemaskini October Update Untuk Sistem Operasi Microsoft Windows 10 Kini Boleh Dimuat-turun Secara Manual

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Kemaskini October Update untuk sistem operasi Windows 10 dilengkapi dengan pelbagai ciri baru, tetapi ia juga hadir dengan beberapa masalah yang memaksa Microsoft untuk menurunkan kemaskini tersebut sementara mereka memperbaiki isu-isu tersebut.

Terkini, Microsoft nampaknya sudahpun menaikkan semula fail kemaskini October Update tersebut, dan ia boleh dimuat-turun secara manual melalui laman web Microsoft ataupun tetingkap kemaskini perisian daripada komputer anda.

Ini adalah kali kedua Microsoft terpaksa menaikkan semula fail tersebut selepas isu fail dipadamkan selepas kemaskini, dan juga pelbagai masalah dengan perisian VPN, sekuriti dan sebagainya selepas kemaskini itu dipasang sekali lagi.

Muat-turun kemaskini October Update


TIPS & ULASAN