PUBG Mobile Kini Mempunyai Angka Pemain Sama Seperti Fortnite – Lebih 200 Juta Pemain

PUBG Mobile Kini Mempunyai Angka Pemain Sama Seperti Fortnite – Lebih 200 Juta Pemain

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Fortnite baru-baru ini telah mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih 200 juta pemain seluruh dunia melalui pelbagai platform mereka. Menariknya, kini pencabar terdekat mereka, PlayerUnknown’s Battlegrounds mengatakan versi permua mereka, iaitu PUBG Mobile mempunyai angka pemain yang lebih kurang serupa, iaitu lebih 200 juta pemain.

Samsung Galaxy Note 9

PUBG Mobile juga kini mempunyai lebih 30 juta pemain aktif seluruh dunia – yang mana sama seperti Fortnite.

Langkah ini sekaligus memperlihatkan yang mana pemain PUBG kini adalah lebih ramai berbanding Fortnite – memandangkan angka yang dikeluarkan ini tidak meliputi angka pemain PC, dan juga konsol.

PUBG Mobile boleh dikatakan lebih popular berbanding dengan Fortnite memandangkan permua berkenaan ditawarkan melalui Google Play Store, sementara Fortnite ditawarkan secara berasingan melalui platform Epic Games tersendiri.

Bagi anda sendiri, adakah anda memainkan PUBG Mobile atau Fortnite?


TIPS & ULASAN