Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang memudahkan anda membuang latar belakang pada sesuatu gambar – termasuk melalui penggunaan Adobe Photoshop. Namun, sekiranya anda ingin melakukannya dengan lebih mudah dan pantas, salah satu laman yang mungkin membantu adalah Remove.bg.
Melalui laman ini, ia menggunakan kecerdasan buatan dalam mengenal-pasti gambar latar belakang, dan membuangnya. Proses ini hanya mengambil masa beberapa saat, dan memberikan anda kemudahan untuk memuat-turun gambar dalam bentuk PNG.
Daripada ujian kami sendiri, ia dilihat berfungsi dengan baik – namun tidak semua gambar menawarkan hasil yang baik, terutamanya sekiranya warna bahagian latar sangat mendekati kepada warna pemakaian dan sebagainya.
Apa pun, perkhidmatan berasaskan web ini mungkin sesuai untuk anda yang ingin membuat penyuntingan ringkas dan pantas pada bila-bila masa.
- Layari : Remove.bg