OnePlus pada tahun ini telah hadir dengan OnePlus 6, OnePlus 6T dan juga OnePlus 6T McLaren Edition. Kini, tidak cukup dengannya, pengeluar dari China berkenaan turut dilihat sedang menguji sebuah telefon pintar baru pada peringkat prototaip.
Melalui gambar yang hadir ke arena web (mungkin ditiriskan secara sengaja oleh OnePlus jikalau mengikut sudut rakaman gambar), telefon pintar ini dilihat membawakan rekaan yang serba baru pada bahagian belakang.
EXCLUSIVE! Here's your first look at an upcoming OnePlus Device I don't know much about. This image shows the device in prototype/designing stage and it is not final but this is probably how the device may end up looking. That's Pete (CEO of OP) in the img and the device itself. pic.twitter.com/Yau9EsgSDy
— Ishan Agarwal (@IshanAgarwal24) December 19, 2018
Ia dilihat menggunakan rekaan bahagian kamera yang tertimbul sedikit – dan menggunakan rekaan seumpama pada peranti Motorola dan Nokia sebelum ini.
Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan dilancarkan kepada umum atau sebaliknya. Adakah peranti ini akan menjadi OnePlus 5G yang dinantikan pada awal tahun 2019?