Honor Malaysia kini telah mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk telefon pintar mereka yang seterusnya, iaitu Honor 10 Lite untuk pasaran tempatan pada Januari 2019. Honor menyasarkan tarikh pelancarannya pada 8 Januari 2019, dan kita mungkin akan melihat ia mula dijual tidak lama selepas itu.
Honor 10 Lite dilihat memfokuskan kepada ciri kamera swafotonya, dimana ia hadir dengan sensor 24-megapixel yang dilengkapi dengan sokongan kecantikkan berasaskan kecerdasan buatan.
Jikalau mengikut spesifikasi Honor 10 Lite di pasaran lain sebelum ini, ia dijangka hadir dengan skrin 6.21-inci, dijana Kirin 710, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Telefon pintar ini turut menggunakan dwi-kamera belakang 13-megapixel + 2-megapixel, selain bateri berkapasiti 3400mAh.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan awal Januari 2019 ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Honor untuk pasaran tempatan melalui telefon pintar ini.