Cari @ Amanz

Sejak kebelakangan ini, Google dilihat kerap menguji pelbagai perkara baru untuk Google Chrome Android. Sebelum ini, butang menutup semua tab telah diuji dan pengguna boleh mencubanya melalui Chrome Canary. Hari ini, satu fungsi baru diperkenalkan dan ia turut berkait dengan tab pada Chrome.

Fungsi baru ini adalah fungsi pra-lihat pautan sebelum membuka pautan ke tab baru. Kebiasaannya, pengguna tekan beberapa saat ke satu pautan dan pilih untuk dibuka ke tab yang baru. Kini, sebelum buka ke tab yang baru – pengguna boleh tinjau dan lihat terlebih dahulu pautan ini. Ia juga membantu jika, pautan yang ingin dibuka itu adalah artikel pendek atau kesinambungan kepada pautan tab yang sudah dibuka.

Jika pengguna ingin cuba fungsi ini, ia tidak terhad kepada Chrome Canary sahaja – tetapi turut boleh cuba pada Chrome Dev. Seperti biasa, flags perlu diaktifkan terlebih dahulu; chrome://flags/#enable-ephemeral-tab. Selesai aktifkan, Chrome akan buka semula dan fungsi ini sudah boleh digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd