Cari @ Amanz

Produk-produk Apple semua tahu harganya adalah mahal kerana ia berada dalam kategori produk yang premium. Ramai mengatakan  pengguna produk Apple ini adalah pengguna yang bangsawan. Tetapi, mahal mana atau premium mana pun sesuatu produk itu – ia tidak akan lari dari kecacatan. Dulu, Apple tekenal dengan masalah Touchgate, Bendgate atau yang terbaru Chargegate.

Terkini, Apple mengatakan sesetengah iPad Pro baru yang ditempah pelanggan akan hadir dalam keadaan yang bengkok. Apple mengatakan di mana kesan bengkok ini adalah kesan sampingan daripada proses pembuatan iPad ini. Kesan bengkok ini berlaku semasa proses penyejukan komponen besi dan plastik pada iPad Pro baru ini. Ia tidak akan memberi sebarang impak negatif atau akan menjadi semakin bengkok.

Kebanyakan iPad Pro baru yang bengkok ini dilihat terkesan kepada model dengan sokongan selular, tetapi model WiFi turut dilihat terkesan pada beberapa pengguna. Perkara ini menjadikan pengguna-pengguna iPad Pro baru risau kerana seperti yang semua sedia maklum – iPad Pro baru ini mempunyai masalah tubuh yang mudah lentur. Ini secara tidak langsung menjejaskan identiti Apple yang terkenal dengan produk dengan kemasan hebat, baik dan premium.

Apakah pendapat anda? Adakah ini hanya satu alasan dari Apple atau masalah #bendgate yang terkenal dengan iPhone 6 kembali?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd