Carian
Ata Plus Membantu Syarikat PKS Ke Peringkat Seterusnya Melalui Program Biaya-Sama ECF
December 26, 2018 Liyana

Baru-baru ini Ata Plus telah melaksanakan sesi perbincangan pelaburan bersama panel industri pelaburan berhubung dengan platform biaya-sama ekuiti (ECF) di pejabat induk Ata Plus.

Sesi perbincangan ini memperlihatkan gerakan permodalan yang semakin berkembang untuk pendemokrasian pembentukan dana di Malaysia, dan tahap bidang untuk kedua-dua pelabur dan usahawan di negara. Berikutan itu, Ata Plus ingin membantu syarikat tempatan berkembang dan membawa perniagaan pemula ini ke peringkat seterusnya menerusi platform ECF – sekaligus memudahkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara kita.

Antara kejayaan yang dapat dikongsikan adalah salah sebuah anak syarikat iaitu Fresh At Heart, peruncit barangan segar atas talian yang berpangkalan di Pontian, telah berjaya mengumpulkan biaya-sama sebanyak RM1,149,580 daripada 22 orang pelabur dari kempen ECF melalui Ata Plus. Jumlah yang dicapai oleh Fresh At Heart ini melangkaui 143% dari sasaran mereka. Tujuan Fresh At Heart mencari dana adalah untuk melebarkan sayap luar talian di kawasan bandar dan bagi meningkatkan usaha pemasaran mereka ke seluruh negara. Fresh At Heart telah melihat ECF sebagai satu cara yang efektif untuk mengumpul dana dari orang ramai dan pada masa yang sama, memberi peluang kepada orang ramai untuk melabur ke dalam Fresh At Heart.

Sesi perbincangan ini turut disertai oleh para veteran dalam industri, termasuk Joey Azman, Ganesh Kumar Bangah, Farah Wahida Rafik, Datuk Richard Azlan Abas dan Adam Helmi. Antara aspek yang ditekankan oleh mereka kepada bakal pelabur di luar sana adalah mementingkan faktor seperti minat pelaburan, pengurusan dan risiko yang bakal dihadapi oleh pelabur. Hal ini kerana, setiap pelaburan yang dilakukan memerlukan keyakinan yang tinggi dalam menghasilkan pulangan kepada pelabur.

Susulan kejayaan platform ini, Elain Lockman – Pengarah Ata Plus menyifatkan pelbagai kempen ECF kini berjaya mengumpul dana di platform Ata Plus dalam masa seminggu, dimana mereka dapat menyaksikan peningkatan berkali ganda – sekalgus membantu pelbagai syarikat untuk meneruskan pembangunan ke peringkat seterusnya.

Pada masa yang sama, platform ini dilihat mampu memberi peluang yang tinggi kepada pelabur-pelabur baru dalam membuat pelaburan terhadap perniagaan pemula (startup). Pelbagai faktor perlu diambil kira bagi mengurangkan kadar kerugian. Sekiranya anda berminat untuk turut serta dalam pelaburan-pelaburan berbentuk biaya-sama, anda turut boleh menyertainya dengan melayari laman Ata Plus hari ini.

Komen