Cari @ Amanz

Di sebuah acara di negeri Johor hari ini, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa kementerian beliau bakal hadir dengan sebuah portal berita yang akan menggabungkan maklumat daripada dua portal berita utama Malaysia,Bernama dan RTM, bersama-sama dengan Jabatan Maklumat dibawah kementerian tersebut.

Menurut Gobind, portal berita ini akan dibuka pada menjelang suku pertama 2019, dan bukan sahaja akan menjadi portal berita seharian, tetapi juga sebuah laman dimana polisi-polisi yang diumumkan oleh kerajaan boleh diterangkan dengan jelas.

Portal berita baru ini turut akan menggunakan platform media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk menyebarkan berita-berita ini, juga sebagai cara paling cepat untuk memperbetulkan sebarang salah faham oleh rakyat..

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd