Produk Misteri Xiaomi Dilancarkan – Mi Bluetooth Karaoke Headphones Forbidden City Edition

Produk Misteri Xiaomi Dilancarkan – Mi Bluetooth Karaoke Headphones Forbidden City Edition

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Minggu lepas, Xiaomi mengacah satu produk misteri yang kelihatan seperti ganggang telefon atau kepala pancuran air. Produk misteri ini dikatakan adalah satu produk yang berkait dengan Mi TV. Akhirnya, hari ini Xiaomi lancarkan produk ini.

Ia adalah Mi Bluetooth Karaoke Headphones Forbidden City Edition. Produk ini adalah set fon kepala bluetooth Xiaomi yang memfokuskan kepada peminat karaoke. Kemudian ia menggunakan rekaan Forbidden City sama seperti Xiaomi Mi Mix 3 edisi khas sebelum ini. Menariknya, set fon kepala ini turut hadir dengan fungsi menukar suara – jika suara pengguna itu tidak enak didengar. Kemudian, terdapat satu fungsi mematikan audio dengan petikan jari sahaja. Untuk pengecasan, ia masih menggunakan port yang sudah lapuk iaitu mikroUSB.

Mi Bluetooth Karaoke Headphones Forbidden City Edition ini hadir dengan dua pilihan warna, hitam atau putih. Xiaomi sudah membuka tempahan untuk set fon kepala ini jika sesiapa yang minat untuk mendapatkannya. Harga masih belum diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN