Carian
Poster Xiaomi Redmi Pro 2 Tertiris – Adakah Ini Peranti Dengan Kamera 48-Megapixel Xiaomi?
December 20, 2018 Fahim Zahar

Pada awal bulan Disember, kami ada terbitkan artikel yang mana Xiaomi akan hadir dengan peranti yang menggunakan kamera dengan lensa 48-megapixel. Kamera 48-megapixel ini dilihat menjadi trend untuk peranti-peranti Disember 2018 seperti Honor View 20 atau Huawei Nova 4.

Kini, poster untuk peranti Xiaomi yang dikatakan adalah Redmi Pro 2 tertiris. Berdasarkan daripada poster, peranti ini dikatakan akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 675. Redmi Pro 2 ini mungkin adalah peranti Xiaomi dengan kamera 48 megapixel, kerana cip pemproses Snapdragon 675 menyokong rakaman gambar 48-megapixel. Cip ini adalah cip binaan 11nm, enam-teras gabungan dwi-teras 2.0GHz dan empat-teras 1.78GHz dan GPU Adreno 612.

Tiada maklumat lain diterima, seperti RAM atau storan, bahan binaan, saiz bateri atau skrin dan harga. Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pengumuman Xiaomi kelak.

Komen