Pemain PUBG Mobile Kini Boleh Bermain Pada Peta Baru – Vikendi

Pemain PUBG Mobile Kini Boleh Bermain Pada Peta Baru – Vikendi

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

PUBG Mobile merupakan salah satu permua yang agak popular, mempunyai lebih 200 juta pemain seluruh dunia. Terkini, dalam terus menawarkan kandungan menarik kepada pengguna, pihak PUBG Mobile telah pun menambah penawaran peta permainan baru, dinamakan Vikendi.

Vikendi merupakan peta yang mengambil lokasi sekitar kawasan bersalji. Menariknya, melalui peta bersalji ini, ia turut merakamkan kesan tapak kaki dan kenderaan di atas salji – sekaligus membolehkan anda mengetahui dimanakah musuh berada dan sebagainya. Hal ini sekaligus membawa kepada bentuk permainan yang lebih strategik berbanding beberapa peta permainan sebelum ini.

Peta permainan baru juga bersaiz sedikit kompak – dimana ia diposisikan antara peta Sanhok dan juga Erangel, sekaligus membawakan bentuk permainan yang sedikit pantas.

Bagi anda yang memainkan PUBG Mobile, anda sudah boleh memuat-turun dan memainkan permainan Battle Royale berkenaan di peta baru ini hari ini.

Muat-Turun PUBG Mobile pada Android

Muat-Turun PUBG Mobile pada Android


TIPS & ULASAN