Cari @ Amanz

Semasa dilancarkan untuk platform Android pada Ogos lalu, permua Fortnite hanya menyokong peranti dengan cip Snapdragon 820 dan ke atas. Ini mengehadkannya kepada peranti-peranti mercu sahaja kerana ia sebuah permua yang memerlukan kuasa memproses yang tinggi. Jumlah pemain Fortnite pada peranti Android bakal meningkatkan hari ini selepas ia mula menyokong peranti kelas pertengahan.

Peranti dengan pemproses Snapdragon 710 dan 670 kini boleh memainkan Fortnite. Ini membolehkan pengguna peranti seperti Samsung A8S, Xiaomi Mi 8SE, Nokia 8.1, Oppo R17 Pro, Oppo R17 dan Vivo Z3 memuat permua hari ini. Menarik sekali Samsung Galaxy A9 turut disokong walaupun hanya menggunakan Snapdragon 660. Sokongan 60FPS pada iPad Pro juga hadir dengan kemas kini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd