Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Kriptowang Untuk Memudahkan Pemindahan Wang Melalui WhatsApp

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Kriptowang Untuk Memudahkan Pemindahan Wang Melalui WhatsApp

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

Facebook kini dilaporkan sedang membangunkan teknologi kriptowang tersendiri dalam memudahkan pengguna untuk melakukan pemindahan wang melalui aplikasi permesejan WhatsApp. Facebook dikatakan sedang membangunkan fungsi ini dengan fokus terhadap pasaran India terlebih dahulu.

Facebook dikatakan sedang membangunkan stablecoin yang mana bergantung kepada nilai mata wang Amerika Syarikat untuk mengelakkan perubahan nilai dengan pantas seumpama kriptowang lain.

Ia dikatakan masih pada peringkat pembangunan awal, dan gergasi laman sosial berkenaan sedang membangunkan strategi untuk memastikan nilai stablecoin mereka.

India dikatakan menjadi fokus utama untuk pengenalan ciri ini, kerana ia mempunyai lebih 200 juta pengguna WhatsApp, selain turut popular dalam kiriman wang dari luar negara ke India.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkannya atau berkongsi lanjut mengenainya. Dengan lebih 2 bilion pengguna menggunakan perkhidmatan Facebook, semestinya setiap langkah mereka akan menjadi fokus ramai pengguna seluruh dunia – mahupun syarikat-syarikat pesaing lain, termasuk syarikat kewangan.



TIPS & ULASAN