Cari @ Amanz

Ketika peranti Nokia mula menerima kemas kini ke Android Pie, peranti kelas permulaan mereka iaitu Nokia 3 baru sahaja menerima Android 8.1 Oreo. Kepada pengguna peranti, kemas kini ini boleh dimuat turun secara OTA sebesar 1.8GB.

Kali terakhir kemas kini diberikan kepada Nokia 3 ialah April lalu apabila ia dinaik taraf ke Android 8.0. Dengan Android 8.1, peranti kini menyokong melihat tahap bateri aksesori bluetooth yang ditambat. Tampalan sekuriti untuk bulan Disember dan menambah baik kestabilan sistem juga turut diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd