Cari @ Amanz

Xiaomi telah mengeluarkan puluhan peranti sejak 2011. Mereka juga terkenal dengan kegigihan memberikan kemas kini perisian MIUI mereka pada peranti-peranti lama. Tetapi pagi ini dua peranti mereka iaitu Xiaomi Mi 5 dan Redmi Note 3 secara rasmi tidak akan lagi menerima sebarang sokongan perisian.

Pengumuman rasmi ni menerima maklum balas negatif dari pengguna peranti yang boleh dikategorikan sebagai popular. Tambahan lagi kedua-dua peranti baru berusia dua tahun dengan Mi 5 sebuah peranti mercu dengan cip berkuasa Snapdragon 820. Kepada pengguna kedua-dua peranti, satu-satunya cara untuk mendapatkan kemas kini selepas ini ialah dengan menggunakan Custom ROM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd