Suatu ketika dahulu sumber atau aplikasi apakah yang digunakan untuk menghantar kicauan dipaparkan pada aplikasi Twitter. Tanpa sebarang sebab ini kemudian dinyahaktifkan. Sekitar dua minggu yang lalu ia diaktifkan semula pada aplikasi Twitter Android. Hari ini Jack Dorsey mengesahkan ia turut kembali semula pada aplikasi Twitter iOS.
Source information back in the tweets pic.twitter.com/q5Qp7U8oS2
— jack (@jack) December 20, 2018
Paparan sumber ini menarik bagi kami kerana boleh mengetahui aplikasi kicauan yang popular di kalangan pengguna. Pada waktu yang sama ia boleh mendedahkan hipokrasi sesetengah jenama dan penggalak media sosial yang menghantar kicauan menggunakan peranti pesaing. Sejak dua minggu kebelakangan ini akaun Twitter rasmi Samsung India terkantoi menggunakan iPhone dan akaun rasmi Apple Music pula menggunakan peranti Android.