Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi yang aktif digunakan ramai di atas jalan raya untuk mengetahui arah perjalanan, dan pada masa yang sama mengetahui keadaan trafik dan sebagainya. Terkini, hari ini pihak Waze telah berkongsi info berkenaan waktu terbaik dan puncak untuk memandu semasa perayaan hari Natal dan Tahun Baru 2019 ini.
Untuk makluman, Waze menghimpunkan info ini berdasarkan kepada data-data sedia ada.
Untuk anda yang balik beraya bersempena dengan cuti Hari Natal, Waze mencadangkan waktu terbaik untuk pelbagai lokasi adalah bermula 1 petang 24 Disember, sementara waktu puncak adalah sekitar awal pagi 24 Disember.
Selain itu, untuk Tahun Baru pula, datanya adalah sedikit berbeza, dimana waktu terbaik yang dicadangkan adalah sekitar petang lepas 31 Disember 2019, dan waktu puncak dikatakan pada awal pagi 31 Disember dan juga 1 Januari.
Bagi anda yang merancang untuk balik kampung atau ke mana-mana bersempena cuti ini, mungkin boleh menyemak jadual Waze ini, selain turut menggunakan aplikasi berkenaan dalam merancang perjalanan dengan baik.