Gionee Gulung Tikar Dan Akan Menjalani Proses Pembubaran Aset

Gionee Gulung Tikar Dan Akan Menjalani Proses Pembubaran Aset

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

Kemelut kewangan syarikat Gionee akhirnya berakhir selepas ia akhirnya menggulung tikar kerana beban hutang yang melampau. Mahkamah di Shenzen telah menerima permohonan Gionee untuk memfailkan notis muflis dan memulakan proses pembubaran aset bagi membayar hutang syarikat.

Gionee S8Gionee dipercayai menanggung hutang RMB 20.2 bilion (~RM 12.25 bilion) kepada 648 pemiutang. Pengasas syarikat Liu Lirong berkata Gionee menanggung kerugian RMB100 juta setiap bulan dari tahun 2013 hingga 2015. Jumlah kerugian ini meningkat dua kali  ganda sejak dua tahun yang lalu. Sungguhpun begitu beliau dituduh menggunakan wang syarikat ketika berjudi sehingga mencatatkan kerugian mencecah RMB 10 bilion (~RM 6 bilion).

Tahun lalu Gionee ialah pengeluar peranti dengan pegangan pasaran keenam terbesar di China di belakang Apple. Dengan kemuflisan Gionee, ia menjadi syarikat kedua selepas LeEco yang terpaksa menghentikan operasi kerana kegagalan menguruskan wang.


TIPS & ULASAN