Cari @ Amanz

Guardian XO Ialah Eksorangka Yang Meningkatkan Kemampuan Mengangkat Beban Sehingga 20 Kali Ganda

Link Copied!

Eksorangka Power Loader membolehkan Allen Ripley bergusti dengan Ratu Alien pada babak kemuncak filem fiksyen sains Aliens. Ia pada asalnya direka untuk mengangkat senjata yang digunakan pada pesawat marin angkasa lepas. Power Loader mungkin adalah fiksyen dari minda James Cameron tetapi ia kini semakin hampir menjadi realiti.

Guardian XO ialah eksorangka yang direka oleh Sarcos. Ia direka untuk digunakan oleh buruh binaan. Eksorangka ini dapat meningkatkan kemampuan mengangkat beban individu sehingga 20 kali ganda. Menurut Sarcos, buruh boleh mengangkat beban seberat 90 kilogram tanpa mengalami sebarang kecederaan tubuh atau beban 45 kilogram akan terasa seperti mengangkat beban 2.5 kilogram sahaja. Untuk berfungsi, Guardian XO memerlukan sumber kuasa 400W. Pihak Sarcos bercadang memasarkan eksorangka ini pada tahun 2020 kelak.


Komen ()