Cari @ Amanz

Razer Phone 2 Akan Memasuki Pasaran Tempatan Secara Rasmi – U Mobile Mula Mengacah

Oleh Aman

Link Copied!

U Mobile kini telah mula mengacah yang mana mereka akan mula menawarkan telefon pintar memfokuskan permua, Razer Phone 2 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Razer Phone 2 memfokuskan kepada penawaran berkaitan permainan video pada peranti mudah-alih – sekaligus menawarkan sokongan audio dan juga skrin yang sangat baik.

Dari segi spesfikasi, ia menggunakan skrin 5.7-inci 120Hz, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan mencapai 128GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel, selain kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4+.

Untuk sokongan audio, ia hadir dengan sokongan audio Dolby 5.1 dengan kelantangan melangkaui 100dB. Razer Phone 2 turut menyertakan logo dibelakang dengan sokongan LED Razer Chroma.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi harga jualan tempatannya. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkaitan penawaran U Mobile dan harga rasmi tempatannya tidak lama lagi.


Komen ()