Google Lens Kini Boleh Mengenalpasti Lebih Dari 1 Bilion Produk

Google Lens Kini Boleh Mengenalpasti Lebih Dari 1 Bilion Produk

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

Google Lens adalah satu fungsi yang kebanyakannya terbina secara terus dalam aplikasi kamera telefon pintar. Google Lens ini mampu mengesan, mengenalpasti atau mencari sesuatu melalui hanya melalui gambar sahaja.

Hari ini, Google menerbit satu artikel di blog mereka berkaitan dengan Google Lens ini. Google Lens kini boleh mengenalpasti lebih dari 1 bilion produk. Kenapa Google sebut produk? Ini kerana, Google Lens bukan sahaja boleh membuat carian web – tetapi jika barcode dikesan, makanan atau apa-apa produk yang boleh dibeli di kedai atau secara atas talian, Google mampu memberi tahu pengguna di mana lokasi untuk dapatkan produk tersebut atau terus membawa pengguna ke pautan untuk membeli produk berkenaan.

Sebelum ini, Google Lens juga boleh mengenalpasti baka anjing dan kucing. Tambahan Google lagi, Google Lens juga belajar membaca jika pengguna kerap mengambil/imbas teks. Google turut mengatakan, teknologi seperti ini adalah era baru untuk aplikasi kamera.


TIPS & ULASAN