Di dalam persada pembantu maya, Google Assistant, Siri, Alexa dan Cortana mempunyai jumlah pengguna yang tertinggi. Kemudian, terdapat banyak lagi pesaing di China seperti Xiao Ai atau YoYo. LoupVentures kedua tahun ini untuk menguji pembantu maya mana yang terpintar – mereka mendapati Google Assistant kekal juara dan Siri yang sebelum ini paling corot telah memegang takhta naib juara.
Ujian yang mereka lakukan ini adalah daripada lebih 800 soalan yang ditanya dan Google Assistant 100% memahami semua soalan dan berjaya menjawab 88% dengan betul. Siri pula hanya menjawab 74.6% dengan betul dan hanya 99.6% sahaja memahami soalan yang ditanya.
Adakah pembaca Amanz kerap menggunakan pembantu maya atau arahan suara? Jika ya, anda gunakan yang juara Google Assistant atau Siri yang berada di tempat kedua?