Penutup Lurang Diubahsuai Menjadi Pemancar Rangkaian 5G Di United Kingdom

Penutup Lurang Diubahsuai Menjadi Pemancar Rangkaian 5G Di United Kingdom

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

Di Malaysia penutup lurang menjadi berita di akhbar apabila kecuriannya menyebabkan kemalangan. Logam penutup lurang dijual sebagai barang lusuh pada harga yang tinggi. Di United Kingdom, syarikat telekomunikasi Vodafone telah memulakan ujian menjadikan penutup lurang sebagai pemancar untuk rangkaian 5G dan 4G.

Teknologi Small Cells digunakan pada penutup lurang ini bagi menggantikan menara selular yang kerap menerima kritikan kerana dikatakan merosakkan pemandangan. Setiap penutup lurang 5G ini boleh memancarkan isyarat selular ke kawasan di dalam lingkungan 200 meter. Selain penutup lurang, bumbung pondok telefon yang sinonim dengan United Kingdom juga kini dipasang dengan pemancar Small Cells bagi meningkatkan kekuatan isyarat selular.

Di Malaysia teknologi ini sedang diuji di KL Sentral oleh pihak Edotco dengan kerjasama Huawei. Kelebihan sistem ini ialah ia boleh dinaik taraf ke rangkaian 5G untuk keperluan akan datang,


TIPS & ULASAN