Cari @ Amanz

Jika anda mengikuti perkembangan teknologi kasut, anda pasti tahu bahawa Nike sebelum ini pernah melancarkan siri kasut dengan teknologi tali swa-ikat beberapa tahun lalu yang menggunakan teknologi HyperAdapt dan rekaan kasut Nike dari filem Back To The Future.

Semenjak penjualan kasut Nike Mag tersebut, Nike juga telah mula menjual kasut Jordan 33 pada bulan September yang menggunakan teknologi pengikatan tali kasut FastFit, walaupun ia masih memerlukan pemakai untuk menarik tali kasut untuk mengetatkannya.

Menurut CEO Nike, Mark Parker, mereka sedang merekacipta sebuah “kasut pintar” yang akan digunakan oleh atlet bola keranjang profesional. Menurut laporan SoleCollector, Nike dikatakan akan memperbaiki teknologi swa-ikat HyperAdapt untuk kasut ini, yang dikatakan akan dijual pada harga $350, iaitu penjatuhan harga lebih dari separuh daripada tanda harga $720 Nike Mag yang diumumkan dua tahun lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd