Doogee S90 Dilancarkan – Sokongan Aksesori Modular Kamera Nampak Malam

Doogee S90 Dilancarkan – Sokongan Aksesori Modular Kamera Nampak Malam

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

Doogee adalah jenama telefon pintar yang agak terkenal di China. Di beberapa pasaran global, jenama ini terkenal kerana banyak hadir dengan telefon pintar klon Xiaomi atau Samsung dan telefon pintar tahan lasak. Terkini, Doogee hadir dengan sebuah telefon pintar yang agak unik – Doogee S90.

Doogee S90 adalah telefon pintar modular tahan lasak. Ia seperti Motorola siri Z dengan pelbagai sokongan aksesori modular melalui sambungan magnetik. Antara aksesori yang terdapat untuk Doogee S90 ini adalah kamera nampak malam, modul walkie-talkie, modul alat kawalan untuk permua dan juga modul kuasa 5000mAh. Peranti ini dijana dengan MediaTek Helio P60 dan hadir dengan pengoptimasian teknologi kecerdasan buatan AI Processing Unitand NeuroPilot. Lain-lain spesifikasi adalah skrin 6.18-inci FHD+, dwi-kamera 16+8 megapixel dan band 4G global.

Fokus Doogee untuk Doogee S90 ini adalah modul kamera nampak malamnya. Ia menggunakan sensor Sony 131 darjah sudut lebar, 12 kali lebih sensitif dengan cahaya berbanding dengan sensor kamera telefon pintar biasa dan bukaan lensa yang besar. Tambahan lagi, bahan binaan peranti ini adalah daripada aloi titanium. Bahan ini bahan yang sesuai untuk peranti tahan lasak seperti ini.

Tiada lagi harga untuk Doogee S90, tapi Doogee memberi peluang untuk mereka yang berminat meneka harga peranti ini .


TIPS & ULASAN