PWA adalah aplikasi web progresif. Ia adalah sejenis aplikasi web yang mudah digunakan dan mesra pengguna. Terbaru dari Google adalah Chrome Canvas. Ia adalah aplikasi web progresif untuk Google Chrome pada Chromebook, Android dan juga desktop.
Sebaik sahaja pengguna buka ke pautan Chrome Canvas, pengguna turut diberi pilihan untuk memasang aplikasi ini atau gunakan sahaja di tab Chrome. Jika pengguna pilih untuk pasang, ikon akan terpapar di desktop atau skrin utama peranti.
Chrome Canvas ini menggunakan perisian WebAssembly Google sendiri iaitu Google Ink. Melalui WebAssembly ini, ia akan memberi input dengan latensi yang rendah. Chrome Canvas menawarkan satu kanvas lukisan dengan 5 pilihan alatan dan banyak pilihan warna. Setiap lukisan akan disimpan dalam galeri khas. Bagi pengguna yang ingin menekap lukisan, turut boleh buka gambar dari galeri peranti.