Dota 2, Starcraft II, Tekken 7, Arena of Valor dan Mobile Legends Disahkan Sebagai Esukan Pada Sukan SEA 2019

Dota 2, Starcraft II, Tekken 7, Arena of Valor dan Mobile Legends Disahkan Sebagai Esukan Pada Sukan SEA 2019

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar mengenai acara esukan yang akan diadakan pada Sukan SEA 2019 kelak yang menyumbang kepada pungutan pingat sesuatu negara. Ketika pengumuman tempoh hari, ia telah sedia diperkatakan yang mana acara esukan ini akan mempertandingkan dua permainan PC, dua konsol dan juga dua permua.

Kini, lanjutan daripadanya, senarai permainan yang akan dipertandingkan telah pun mula diumumkan.

Dua permainan PC yang akan dipertandingkan adalah Dota 2 dan juga Starcraft II, sementara dua permua yang akan dipertandingkan adalah Mobile Legends dan juga Arena of Valor. Untuk konsol, baru satu sahaja diumumkan, iaitu Tekken 7.

Permainan terakhir dan keenam dijangka diumumkan dalam beberapa minggu lagi.

Acara Sukan SEA 2019 akan berlangsung pada 30 November hingga 11 Disember 2019 kelak. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai pusingan saringan kebangsaan untuk menyertai esukan ini daripada ESM tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN