Carian
Firefox Focus Menambah Sokongan Google Safe Search Dan Perlindungan Jejakan Yang Lebih Baik
December 21, 2018 Fahim Zahar

Firefox Focus adalah aplikasi pelayar web yang ringkas yang memfokuskan sekuriti dan privasi sepenuhnya. Bayangkan ia adalah tab Chrome Incognito dalam bentuk aplikasi. Selepas Mozilla mengemaskini Firefox Focus dengan enjin Gecko dan antaramuka baru beberapa nulan lepas. Kini, Firefox Focus hadir dengan sokongan privasi yang lebih baik.
Dalam kemaskini yang terkini, Mozilla menambah sokongan Google Safe Search iaitu carian Google yang selamat dengan penapisan daripada hasil carian yang tidak selamat atau negatif. Kemudian, turut terdapat dalam Firefox Focus yang baru adalah perlindungan jejakan yang telah dipertingkatkan.

Kemaskini ini dilihat hadir untuk Firefox Focus versi Android dan iOS. Jika anda sudah menggunakan aplikasi ini, nantikan sahaja kemaskini OTA melalui kedai aplikasi masing-masing.

Komen