Carian
Samsung Sedang Membangunkan Mod Bright Night Untuk Mengambil Gambar Pada Waktu Malam
December 22, 2018 Effi Saharudin

Mengambil gambar pada waktu malam adalah amat mencabar sekiranya anda menggunakan sebuah telefon pintar. Lensa kecil yang dipadankan dengan sensor yang juga bersaiz kecil membuatkan gambar yang diambil kerap mempunyai masalah hingar serta kurang terang. Google memperkenalkan Night Sight dan Huawei pula dengan Night Mode bagi menyelesaikan masalah ini.

Terkini Samsung mungkin sedang membangunkan mod rakaman malam mereka sendiri yang diberi nama Bright Night. Kod mod Bright Night ini ditemui oleh laman XDA di dalam perisian Android Pie Beta yang digunakan pada Galaxy Note 9. Memandangkan pujian diberikan kepada Pixel 3 dan Mate 20 Pro yang mempunyai mod rakaman malam, adalah maakul bagi Samsung untuk turut menyokongnya pada peranti mereka di masa hadapan.

Komen